Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Memaparkan catatan dengan label Tinta NIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tinta NIC. Papar semua catatan

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru ,

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Jumaat, 14 Mei 2010

Top American Surgeon embraced Islam - "I was trying very hard to be a Christian"


Assalamualaikum , 

Okey kawan-kawan , kat sini sya izz nak kongsi video . Tentang pengalaman seorang atheist yang dulu bersungguh-sungguh nak masuk kristian tapi akhirnya menemui kebenaran Islam .

SubhanAllah . :)


Moga mendapat manfaat yer .


' Ingat Allah sentiasa sayang '

Cahaya Hati ,


(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Faatir:15)

 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali 'Imran: 104)

 

"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."— Hadis Riwayat Muslim

 

“Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali asing maka beruntung mereka yang asing.” Ditanya baginda: “Siapakah mereka wahai Rasulullah!”. Jawab baginda: “Mereka yang membaiki ketika manusia rosak”. (Riwayat Ahmad, sahih).

 

' Dan kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan kerajaan bumi dan antara keduanya . Dan kepada Allah lah kembali ( segala sesuatu ) ' - Maidah : 18

 

' Mereka yang apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan , sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNYA kami kembali ' Al Baqarah : 156

 

' Adakah org kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi ini kedua duanya dahulu suatu yg padu , kemudian kami pisahkan antara keduanya , dan daripadanya air kami jdikan segala sesuatu yg hidup   [ al anbiya : 30 ]

 

 

Mencari Cinta Sempurna .



* Mencari Cinta Sempurna : Adhamza *


 Assalamualaikum WBT ,

... Bismillah ...

Bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi dapat hidup bersama nafas baru yang dikurniakanNya kepada kita , ' Mencari Cinta Sempurna ' .

Apakah kita mampu mencapainya ?

Demi tuhan Yang maha agung,ku lihat dunia semakin bermain-main dengan penghuninya . Cinta dalam kelalaian yang menjadi pilihan utama . Apakah manusia mampu memberikan cinta yang hakiki berbanding penciptaNya ? Subhanallah !!! Istilah ' Cinta Monyet ' tidak memberikan kesan kepada mereka .Perasaan yang ternoda dilayan sepenuh hati hingga tersusuk ke sanubari.

"Couple itu haram " . walaupon kata-kata itu telah dijadikan manifesto hidup . Namun , Sudah bergelar manusia , ia menjadi lumrah alam . Perasaan ingin berkasih dan disayangi . Wahai kaum Adam dan Hawa !!! Jika anda sudah menyerahkan jiwa anda pada lelaki/wanita lain sebelum kahwin , bagaimana pula nasib suami/isteri anda ??? Tentu kasih sayang yang dicurahkan apabila berumah tangga nanti akan menjadi hambar .

Jika anda wanita , tentu suami anda akan fikirkan bahawa , " aku bukanlah orang pertama yang disayanginya , mungkin kasih sayang pada kekasih pertamanya jauh lebih daripada kasih sayang yang diberikan kepadaku . Jiwanya sudah tidak sempurna , jiwanya sudah ternoda " . Kawan-kawan , Kekasih yang anda cintai sekarang tidak semestinya anda kahwini . Jika berkahwin pon ia terbina atas dasar maksiat . Cukuplah sekadar itu .

Berpalinglah pada Yang Maha Esa . CintaNya pasti akan menjamin ke syurga . Tinggalkan keasyikan ini . Jadilah Mawar yang sukar untuk dipetik dan jadilah Lebah yang Membawa madu yang Paling manis dan berkhasiat . maha Suci Allah yang menciptakan sekalian makhluk ...


Dengan lafaz yang penuh darjat , ' Alhamdulillah ' ku akhiri kalam pada kali ini . Semoga kita dirahmati oleh Allah swt dan dihindari daripada melakukan maksiat . Al-fatihah untuk mujahid Palestin yang terkorban , semoga Palestin dapat dilindungi , Ayuh , kitalah ' Agamawan ' ...


Wallahua'lam .

Jumaat, 2 Oktober 2009

Kata-Kata Buatmu~



Dream what you want to dream,
Go where you want to go,
Be what you want to be,
Because you have only one life
and one chance to do all the things you want to do.

Selasa, 22 September 2009

Salam Syawal



Assalamualaikum

Kepada semua pembaca Blog NIC , Sempena bulan Syawal yg mulia ini saya telah mengutip beberapa maklumat yg berkaitan dgn bilan syawal ini.Jadi sama-samalah kita Renung dan Muhasabah diri kita.Selaku Presiden NIC saya memohon maaf atas segala kesalahn saya selama ini , Dan saya juga memohon maaf kerana telah lama tidak meng'update' blog ni...

Nabi s.a.w. bersabda :
"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."

Riwayat Atthabarani
Antara fadilat puasa sunat 6 Syawal :

Hari Pertama
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

Hari Kedua
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
-keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

Hari Ketiga
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.
-sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

Hari Keempat
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

Hari Kelima
-mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.
-menyamai berpuasa sepanjang tahun

Hari Keenam
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.
-jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

Dipetik dari http://sedaka.net.tripod.com/linkfad-ramadhan.htm[/size][/i]

Sabtu, 19 September 2009

Salam Lebaran 1430 h


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Apa khabar kawan-kawan hari ni?.Harap-harap semua ok.Ye laa.Esok kan dah raya.Mesti semua dalam mood gembira kan?.Balik kampung dan berjumpa keluarga tersayang.Momen terindah gitu.Hehe.Sempena Aidilfitri ni,kami ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.Semoga kawan-kawan bahagia disisi insan tersayang.Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira.Jangan lupa ziarah-menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan.Jom kutip duit raya banyak-banyak.Hehe.

SALAM LEBARAN 2009 / 1430 H


MAAF ZAHIR DAN BATIN


P/s:Blog Designer Sya Izz mohon maaf kepada Presiden Nik Adham dan Author Soul sekiranya ada salah dan silap.Maaf ya!!


Isnin, 31 Ogos 2009

Salam Ittifaq..Salam Permuafakatan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Salam satu hati buat pembaca NIC sekalian.Sedar tak sedar sudah 52 tahun negara kita yang tercinta telah merdeka.Kita patut bersyukur kerana tanah air kita ini aman dan damai.Kita berupaya untuk menghirup udara yang segar,bergembira bersama keluarga juga menjalani kehidupan dengan baik.Syukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat ini kepada kita.Kawan-kawan,hargailah pengorbanan wira-wira pejuang bangsa yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan jua menentang penjajah suatu masa dahulu.Pastinya kita tidak berkesempatan melalui zaman yang perit itu.Mengapa merdeka itu dapat dicapai..?..Kerana mereka semua SATU HATI.Marilah kita merdekakan jiwa kita.Marilah kita bersatu hati.Sesungguhnya permuafakatan itu telah mengikat hati-hati kita agar tetap bersatu.Ibarat peribahasa Melayu ''Bersatu teguh,bercerai roboh''.Sekian,satu Malaysia.




Nurul Ittifaq / Cahaya Permuafakatan,

-Nik , Soul & Sya Izz-

Tinta NIC's Author

Assalamualaikum kami ucapkan kepada pembaca-pembaca Blog NIC.Kami disini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.Moga-moga tahun ini lebih dari tahun sebelumnya.Kami juga ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini.Mungkin selepas ini juga blog ini akan kurang diupdate lantaran kami,para author akan menduduki ujian / exam.Tapi,sekiranya berkesempatan InsyaAllah blog ini akan terus ceria dengan adanya kehadiran kalian semua.Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca NIC,kami amat menghargainya.Salam Satu Malaysia..!!!


''Selamat Menyambut Bulan Ramadhan''

''Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih''

''Jadikan setiap hari sebagai hari yang terbaik''


Ikhlas dari kami,
-Nik,Soul & Sya Izz-