Isnin, 31 Ogos 2009

Salam Ittifaq..Salam Permuafakatan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Salam satu hati buat pembaca NIC sekalian.Sedar tak sedar sudah 52 tahun negara kita yang tercinta telah merdeka.Kita patut bersyukur kerana tanah air kita ini aman dan damai.Kita berupaya untuk menghirup udara yang segar,bergembira bersama keluarga juga menjalani kehidupan dengan baik.Syukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat ini kepada kita.Kawan-kawan,hargailah pengorbanan wira-wira pejuang bangsa yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan jua menentang penjajah suatu masa dahulu.Pastinya kita tidak berkesempatan melalui zaman yang perit itu.Mengapa merdeka itu dapat dicapai..?..Kerana mereka semua SATU HATI.Marilah kita merdekakan jiwa kita.Marilah kita bersatu hati.Sesungguhnya permuafakatan itu telah mengikat hati-hati kita agar tetap bersatu.Ibarat peribahasa Melayu ''Bersatu teguh,bercerai roboh''.Sekian,satu Malaysia.




Nurul Ittifaq / Cahaya Permuafakatan,

-Nik , Soul & Sya Izz-

Tiada ulasan: