Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Isnin, 17 Mei 2010

Bicara Karisma



Assalamualaikum wbt






Dunia semakin maju , masalah pula semakin bertambah , mana perginya badan-badan penggerak minda masyarakat ? adakah hanya menunggu masa untuk diberikan perintah atau datang dari hati . Alhamdulillah , setelah sekian lama ana tidak mencoretkan bait-bait indah di sini , mungkin kerana kesibukan masa , maklumlah , bergelar seorang ' Usahawan Ilmu ' memerlukan pengorbanan yang banyak untuk menjadi ulat buku walaupun bukan itu yang terjadi . Kerna terdapat peluang pada kali ini . Ana ingin menceritakan sedikit pasal perjalanan nur Islam club untuk masa sekarang.





InsyaAllah , nur Islam club akan melaksanakan satu program di sekolah iaitu program Usrah untuk pelajar tingkatan satu di SMKA Nurul Ittifaq. Program ini masih lagi dalam perangkaan yang mana ia akan melibatkan semua pelajar tingkatan 1 di sekolah tersebut . InsyaAllah program tersebut akan dilaksanakan jika mendapat persetujuan Pengetua dan akan bermula pada bulan enam 2010. Program ini telah mendapat persetujuan daripada Majlis Tertinggi nur Islam club setelah berbincang beberapa kali secara rasmi mahupun tidak rasmi. InsyaAllah nur Islam club juga akan bekerjasama dengan Skuad Elit Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Besut untuk melaksanakan program tersebut .




____________________________________________________________________




MAKSUD USRAH


Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggidi samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.



RUKUN USRAH


Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.


Ø Berkenalan (taaruf)

Rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu waTaaala dan hadith rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jadikan firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.

Antara firman Allah dan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:

Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.
(Al-Hujurat; 26-10)



Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran; 3:103)



Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.

Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.

Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksan badan yang satu.


Ø Bersefahaman (tafahum)

Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dengan arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.

Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya untuk membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak sehelai rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting di dalam agama Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Agama itu nasihat. Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita.


Ø Berseimbangan (takaful)

Rukun usrah yang ketiga ini bermaksud memelihara nasib sesame sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesame sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: Kalau seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di dalam masjidku.
Sabda Baginda lagi: Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan n syurga.
PERINGATAN
Dua perkara yang perlu dititik beratkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah. Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri setiap pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewanagn seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan kahirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan rugi dengan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat diperlukan dan menjadi tempat harapan bagi ummat Islam seluruhnya.


KANDUNGAN USRAH

Apakah yang perlu dilakukan dalam setiap pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:


Ø Membentangkan kesulitan

Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Bagi perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian daapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya mempercayai dan tali hubungan ukhuwwah dapat diperkukuhkan.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermkasud, Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lagi yang bermaksud, Perbandingan orang mukmin dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal, turut menangguhkan seluruh anggota badan dengan berjaga malam dan merasai demam.


Ø Bermuzakarah

Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas span santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai buah fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau lebih sempat terlebih dahulu mengemukakan kepada pucuk pimpinan.
Jangan buat keputusan dengan cara terburu-buru. Allah mencela ummat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firmanNya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah Allah Subhaanahu wa Taaala mencela mereka yang berperangai begitu maka Allah tunjukkan pula apa-apa yang mesti dilakukan apabila tersua dengan suasan seperti itu dengan firmaNya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembali kepada Rasul dan pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya


Ø Kajian buku

Adakan studi (penilitian) terhadap sebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat (walaupun sekadar dengan kata0kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang bebanan anggota yang terputus rezeki. Semua itu dapat mengukuhkan algi tali ukhuwwah dan melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.


Ø Aktiviti sokongan

Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua kali), solat subuh berjamaah dan qiyamullail.




Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru ,

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Jumaat, 14 Mei 2010

Top American Surgeon embraced Islam - "I was trying very hard to be a Christian"


Assalamualaikum , 

Okey kawan-kawan , kat sini sya izz nak kongsi video . Tentang pengalaman seorang atheist yang dulu bersungguh-sungguh nak masuk kristian tapi akhirnya menemui kebenaran Islam .

SubhanAllah . :)


Moga mendapat manfaat yer .


' Ingat Allah sentiasa sayang '

Cahaya Hati ,


(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Faatir:15)

 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali 'Imran: 104)

 

"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."— Hadis Riwayat Muslim

 

“Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali asing maka beruntung mereka yang asing.” Ditanya baginda: “Siapakah mereka wahai Rasulullah!”. Jawab baginda: “Mereka yang membaiki ketika manusia rosak”. (Riwayat Ahmad, sahih).

 

' Dan kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan kerajaan bumi dan antara keduanya . Dan kepada Allah lah kembali ( segala sesuatu ) ' - Maidah : 18

 

' Mereka yang apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan , sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNYA kami kembali ' Al Baqarah : 156

 

' Adakah org kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi ini kedua duanya dahulu suatu yg padu , kemudian kami pisahkan antara keduanya , dan daripadanya air kami jdikan segala sesuatu yg hidup   [ al anbiya : 30 ]

 

 

Mencari Cinta Sempurna .



* Mencari Cinta Sempurna : Adhamza *


 Assalamualaikum WBT ,

... Bismillah ...

Bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi dapat hidup bersama nafas baru yang dikurniakanNya kepada kita , ' Mencari Cinta Sempurna ' .

Apakah kita mampu mencapainya ?

Demi tuhan Yang maha agung,ku lihat dunia semakin bermain-main dengan penghuninya . Cinta dalam kelalaian yang menjadi pilihan utama . Apakah manusia mampu memberikan cinta yang hakiki berbanding penciptaNya ? Subhanallah !!! Istilah ' Cinta Monyet ' tidak memberikan kesan kepada mereka .Perasaan yang ternoda dilayan sepenuh hati hingga tersusuk ke sanubari.

"Couple itu haram " . walaupon kata-kata itu telah dijadikan manifesto hidup . Namun , Sudah bergelar manusia , ia menjadi lumrah alam . Perasaan ingin berkasih dan disayangi . Wahai kaum Adam dan Hawa !!! Jika anda sudah menyerahkan jiwa anda pada lelaki/wanita lain sebelum kahwin , bagaimana pula nasib suami/isteri anda ??? Tentu kasih sayang yang dicurahkan apabila berumah tangga nanti akan menjadi hambar .

Jika anda wanita , tentu suami anda akan fikirkan bahawa , " aku bukanlah orang pertama yang disayanginya , mungkin kasih sayang pada kekasih pertamanya jauh lebih daripada kasih sayang yang diberikan kepadaku . Jiwanya sudah tidak sempurna , jiwanya sudah ternoda " . Kawan-kawan , Kekasih yang anda cintai sekarang tidak semestinya anda kahwini . Jika berkahwin pon ia terbina atas dasar maksiat . Cukuplah sekadar itu .

Berpalinglah pada Yang Maha Esa . CintaNya pasti akan menjamin ke syurga . Tinggalkan keasyikan ini . Jadilah Mawar yang sukar untuk dipetik dan jadilah Lebah yang Membawa madu yang Paling manis dan berkhasiat . maha Suci Allah yang menciptakan sekalian makhluk ...


Dengan lafaz yang penuh darjat , ' Alhamdulillah ' ku akhiri kalam pada kali ini . Semoga kita dirahmati oleh Allah swt dan dihindari daripada melakukan maksiat . Al-fatihah untuk mujahid Palestin yang terkorban , semoga Palestin dapat dilindungi , Ayuh , kitalah ' Agamawan ' ...


Wallahua'lam .

Khamis, 28 Januari 2010

~ Al Baqarah 186


Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya padamu (muhammad) tentang (Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org-org yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran". 
(al-Baqarah:186)