Sabtu, 5 September 2009

NIC : Sahabat

Assalamualaikum.Apa khabar pembaca NIC sekalian...?Semoga kamu semua sihat sejahtera.Apa agaknya topik yang ingin dibicarakan pada petang ini ya..?..Hmmm..Apa kata kita tunggu President yang post.Hehe.Maaf kerana kami selalunya 'copy and paste'.Mungkin banyak artikel-artikel yang sudah dibaca oleh anda semua namun masih dipost di NIC.Tidak apalah.Yang penting kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.


SAHABAT

Agaknya bagaimana hidup kita tanpa ada sahabat?Kurang lengkap atau biasa sahaja?SAHABAT.Perkataanya cuma 7 patah tapi seorang sahabat memang memberi pengaruh dalam kehidupan kita.Sekiranya sahabat kita baik maka baiklah kehidupan kita.Mungkin ramai yang mengeluh.Kenapa susah sangat nak jumpa sahabat sejati?Kenapa sukar sangat hendak menemui sahabat yang sempurna.Tapi,sedarkah kita?Adakah kita cukup sejati untuk meminta sahabat yang sejati?Adakah kita ini juga seorang sahabat yang sempurna?Mungkin ramai yang belum sedar.Setiap sahabat yang ada sebenarnya cukup untuk membuatkan kita tersenyum,cukup untuk membikin hati kita senang.Ketika bersamanya mungkin kita tidak menyedari hakikat itu tapi setelah dia pergi tiada disisi,kita pasti akan teringat kembali jasa-jasanya,pengorbanannya,kenangan bersamanya yang cukup indah.Setiap sahabat yang muncul akan membawa sinar,setiap sahabat yang pergi akan meninggalkan momen terindah.Percayalah,suatu masa nanti kita pasti akan menghargai sahabat kita.Kita akan sedar bahawa setiap insan itu tidak sempurna.Kita tak perlu mengejar berlian lain sekiranya berlian yang ada sudah cukup bersinar.Ketidaksempurnaan itu akan menjadi sempurna dan istimewa apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain.Ibarat Hawa melengkapi Adam,ibarat bintang melengkapi langit,ibarat sahabat yang melengkapi kehidupan.




P/s:Hargailah setiap cinta sahabat.Meski datang dan pergi,ia pasti akan kekal di sanubari.



Coretan Cahaya Kasih,
Blog Designer

Tiada ulasan: