1. Salam seorang laki-laki kepada seorang perempuan dan sebaliknya yang tidak mempunyai hubungan mahram adalah tidak disunatkan kecualidalam keadaan yg aman dari fitnah.
2. Harusmemberi dan menjawab salam perempuan untuk tujuan pendidikan seperti pelajar kepada guru.
3. Jika seorang lelaki memberi salam kepada gadis remaja, maka tidak harusdia menjawabnya.
4. jika seorang gadis memberi salam kepada seorang lelaki, maka makruh lelaki tersebut menjawab salamnya.
1) Hukum mengambil gambar itu mubah(harus)....ia boleh jadi haram bilamana digunakan untuk menayangkan tubuh badan atau industri permodelan yang membawa kepada maksiat..Contohnya tangkap gambar artis seksi,majalah,porno dan yang sewaktu dengannya..Ianya menjadi mubah(harus) bilamana kita ingin menangkap gambar aktiviti jemaah seperti rehlah,program-prgram dan sewaktu dengannya…Ia juga menjadi wajib jika dijadikan sebagai bahan bukti seperti dalam kes bunuh,jenayah dan sebagainya….bergantung kepada keadaan…
2) Ia harus …berbalik kepada halal haram,terlalu banyak benda halal dan sedikit yang haram
dan setiap amalan adalah daripada niat jadi jika kita yakin tidak melanggar batasan syariat
maka itu adalah harus seperti kisah Saidina Abu Bakar yang membukukan Al-Quran….
walaupun ramai yang menentang pada awalnya namun lihatlah betapa besar manfaatnya buat kita sekarang begitu juga dengan mengambil gambar bagi tujuan kenang-kenangan manalah tahu andaikata terpisah di kemudian hari , gambar itu lah yang kita akan gunakan…..wallahualam
3) Gambar fotografi adalah suatu perkara baru yang tidak ada pada zaman Rasulullah S.A.W. Jadi perbincangan mengenai hukum fotografi telah dibincangkan oleh ulama-ulama masa kini menurut syariat Islam. Di sini saya ingin membuat kesimpulan berkenaan isu ini setelah sahabat-sahabat semua membincangkannya. InsyaAllah….
~Hakikat Fotografi~
Pendapat 01: Adalah satu teknik menyekat bayang
Pendapat 02:Merupakan proses menyimpan pantulan gambar dari sesuatu yang terkena cahaya.
~Hukum Fotografi~
Antara ulama yang mengharuskan gambar fotografi adalah:
- Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi.
- Syeikh Muhammad Mutawalli Syarawi.
- Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti.
- Syeikh Najib Mutiie.
Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (lihat kitabnya: Halal Wal Haram Fil Islam):
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagi tidak merangkumi perkara yang diharamkan seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik seperti penyembah berhala serta mereka yang berfahaman komunis dan artis-artis yang melampau.
Kesimpulan:
Walaupun ulama-ulama berselisih pendapat mengenai hukum gambar fotografi namun di sana pendapat yang kuat mengatakan adalah harus gambar fotografi. Pengharusan ini selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam…
1. Yunus bin Abi Syabib berkata: “Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerana gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya, pasti aku boleh melakukannya.”
Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar-benar dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut: "Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam. Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."
2. Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?” Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).” Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?” Anaknya menjawab “4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”
Komen: Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit.Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya.
Firman Allah swt: ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر
“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (At-Takasur: 1-2)
Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat. Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.
3. Maslamah bin Malik berkata: Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.” Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”
Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan rohani.
4. Amru bin Muhajir telah menyebut: “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”
Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yang sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid.
Namun Rasulullah saw bersabda: كلا إني رأيته في النار في بردة غلها
“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)
5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham (perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya, seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab: هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم “Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”
Komen: Umar tidak ada elaun makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika; bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai RM250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala-galanya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang.
Nabi saw bersabda: لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال
“Setiap ummatku mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” (Hr Tirmizi)
Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta..
Kesimpulan: Di zaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.
Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet. www.iluvislam.com
SAYANGILAH MUSUH ANDA , KERANA MUSUH KITALAH YANG AKAN MENUNJUKKAN KESALAHAN KITA. YANG DIKATAKAN KAWAN BUKANLAH ORANG YANG SELALU MEMBELA KITA,TETAPI KAWAN IALAH ORANG YANG SELALU MENUNJUKKAN KESALAHAN KITA...
~ IMAM ASY-SYAFIE ~
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM...
MENGENALI SESEORANG KADANGKALA MEMBUAT KITA KETAWA, MENGENALI SESEORANG KADANGKALA MEMBUAT KITA MENGALIRKAN AIR MATA,SESUNGGUHNYA MENGENALI SESEORANG ITU MAMPU MEMBERI KITA SEJUTA RASA MARAH,SEDIH,GEMBIRA,TAPI SEDARILAH KITA? MENGENALI SESEORANG SEBENARNYA ADALAH ANUGRAH...BIARPUN HADIRNYA HANYA SEKETIKA DAN SEKADAR TEMAN SEMENTARA. BERSTYKURLAH DENGAN KEHADIRANNYA KERANA BARANGKALI,MELALUINYA KITA MENGERTI APA ITU ERTI PERSAHABATAN SEBENAR...
HAL INILAH YANG SERING TERJADI DALAM PERSAHABATAN, TANPA KITA SEDAR KITA GEMBIRA, TANPA KITA SEDAR KITA SEDIH, TANPA KITA SEDAR KITA MERANA. TAPI INILAH HAKIKAT YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN.IA MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN.
ADA SEORANG SAHABATKU, KAMI AMAT RAPAT PADA MULANYA,BUKAN KERANA RUPA,BUKAN KERANA HARTA,BUKAN KERANA DARJAT TETAPI KERANA KEIKHLASAN HATI KAMI UNTUK BERKAWAN.KAMI TIDAKLAH SAMA UMUR.AKU LEBIH SETAHUN TUA DARIPADANYA.TAPI,AKU MESRA DENGANNYA. PERTAMA KALI AKU MENGENALINYA APABILA DIA MEMINTA AKU MENOLONGNYA MELAKUKAN KEBAIKAN.
DIA MEMINTA AKU SUPAYA MENOLONGNYA UNTUK MEMUTUSKAN HUBUNGAN KAKAKNYA DENGAN SEORANG LELAKI (RAKANKU) (COUPLE).KERANA KAMI MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA COUPLE ITU ADALAH PERBUATAN YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T .
TERINGAT SEBUAH HADIS RASULULLAH S.A.W YANG MENYURUH KITA SUPAYA MENCEGAH KEMUNGKARAN, AKU TERUS BERSETUJU UNTUK MEMBANTUNYA.SELAMA BEBERAPA MINGGU KAMI CUBA UNTUK MEMUTUSKAN HUBUNGAN TERSEBUT. PADA SUATU HARI AKU MENERIMA MESEJ DARIPADANYA:
'BRJAYA JGK LA MISI ........ NGAN ....... UTK CLASHKAN ....... N .......... DYE APA LAGI RASA TRCABAR LA. AKU BALIK YG KENA MARAH TADI"...
AKU MENGELUH LAFAZ LEGA.AKHIRNYA...
AKU SEMAKIN BAIK DENGANNYA...
MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA KAMI ADALAH SAHABAT. PADA SUATU HARI , AKU MENEGURNYA TENTANG DIRINYA.MUNGKIN KATA-KATAKU AMAT MENYAKITKAN HATINYA.AKU CUMA TERINGAT KATA NABI MUHAMMAD S.A.W ...
KATA-KATA YANG RINGKAS TETAPI MEMBERI MAKNA YANG AMAT MENDALAM.AKU TIDAK PASTI SAMA ADA DIA MENGAMBIL POSITIF ATAU NEGETIF TEGURANKU ITU. YANG PASTI, AKU SUDAH TIDAK BERHUBUNG DENGANNYA.MUNGKIN JUGA SALAHKU...
KAWAN SEBENAR ADALAH ORANG YANG SELALU MENUNJUKKAN KESALAHAN KITA...
BAGI AKU:
SAHABAT ADALAH SATU ANUGERAH SAHABAT ADALAH SATU HARTA SAHABAT ADALAH EMAS SAHABAT ADALAH KUNIAN ILAHI
YANG TERNYATA TIDAK MAMPU DIBELI OLEH NILAI WANG RINGGIT...
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :
" TETAPI BOLEH JADI KAMU TIDAK MENYENANGI SESUATU,PADAHAL ITU BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL ITU TIDAK BAIK BAGIMU " ... ~ AL-BAQARAH:216 ~
MENGHAYATI AYAT INI, AKU SEDAR SEMUA YANG BERLAKU ADA HIKMAH DISEBALIK SETIAP KEJADIAN. HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MENGETAHI...
BIARPUN AKU DIBENCI,AKU DIMUSUHI TAPI AKU PERCAYA NILAI PERSAHABATAN AMATLAH TINGGI. JIKA DIBERIKAN PILIHAN KEPADAKU ANTARA SEGUNUNG EMAS DAN SEORANG SAHABAT SEJATI? AKU LEBIH MEMILIH SEORANG SAHABAT SEJATI DARIPADA SEGUNUNG EMAS YANG MUNGKIN AKAN HABIS DIGUNAKAN. WALAUPUN KITA BERPISAH DENGAN RAKAN KENANGANNYA AKAN SELALU AKAN DIINGATI... DUGAAN TIDAK AKN DIBERIKAN KEPADA KITA HINGGA DI LUAR TAHAP KITA...
INGATLAH, ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI, ALLAH ITU MAHA ADIL ...